Sauna AI

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page AI Sauna and the translation is 86% complete.
Outdated translations are marked like this.

Sertai kami dalam meneroka bagaimana AI bakal membentuk masa depan Budaya Bebas!!

AvoinGLAM menjemput pendukung Budaya Bebas dan pencipta ekosistem terbuka untuk menyertai GLAM s (Galleries, Libraries, Archives and Museums) Finland, projek penyelidikan dan syarikat-syarikat dalam membayangi masa depan Budaya Bebas pada zaman AI kini. Acara ini diadakan di Helsinki pada 6-7 Mei sejurus selepas acara Hackathon Wikimedia di Tallinn pada 3-5 Mei. Acara dua hari ini akan mendengar ceramah berinspirasi dari peserta, meneroka tema umum dan bekerja dengannya menerusi bengkel latihan pada hari kedua.

Kami berhasrat untuk menjemput pembangun dari pelbagai latar teknologi, pakar warisan, pembuat polisi dan pembuat ekosistem terbuka, institusi ingatan, akademik dan industri berdasarkan teknologi. Dengan kapasiti maksimum seramai 100 peserta, kami ingin memastikan bilangan kumpulan yang sama bagi setiap perwakilan. Setiap orang adalah penting, dan kami berterima kasih atas keberadaan anda di sana.

Dukacita ingin dimaklumkan, kami tidak dapat menyediakan subsidi untuk perjalanan atau penginapan, dan keupayaan kami untuk menanggung kos hidangan dan sauna bergantung kepada sokongan kewangan yang mungkin. Acara ini adalah percuma, dan kami menghargai pemahaman anda mengenai kesulitan ini.

Kenapa penyertaan ini idea yang bagus untuk saya?

Bagi profesional dalam bidang kebudayaan dan warisan, ini merupakan peluang terbaik untuk menyaksikan teknologi AI dengan lebih dekat dan berbincang dengan kelompok setara bagaimana penggunaan teknologi itu boleh diperlihatkan.

Kolaborasi yang terjalin dengan perwakilan dari beberapa organisasi yang mendukung persekitaran bebas, tidak mustahil untuk menjangkakan perkembangan dalam perkongsian terbuka bagi bahan berkaitan warisan kebudayaan pada masa depan.

Acara ini adalah peluang untuk memfokuskan kepada perbincangan dan bertukar-tukar pandangan atau ramalan dalam pembangunan dan berkesempatan mencuba sendiri alatan dan teknologi yang ada. Sama ada anda kali pertama bertemu dengan teknologi AI atau ini adalah profesion anda, kami berharap acara ini akan memberikan maklumat berguna bagi aktiviti anda yang seterusnya.

Program

Isnin 6 Mei: Membangkitkan keyakinan

Selasa 7 Mei: Hari Menggodam

Organized by

Thank you for your support

Organisasi yang turut serta

Rakan kongsi akan ditambah setelah mereka disahkan.

Notes