Projek Wikidata Aflia

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page Aflia Wikidata Project and the translation is 74% complete.
Aflia Wikidata Project

Membangunkan koleksi pustaka di Afrika yang bersifat lebih nyata, terbuka dan berkait merupakan objektif utama dalam mempraktikkan projek “Mempromosikan Pengetahuan Terbuka dalam Perpustakaan di Afrika melalui WikiData” oleh AfLIA. Projek ini yang dibiayai oleh Yayasan Wikimedia juga bertujuan untuk memacu persefahaman yang lebih baik terhadap pengetahuan terbuka dan data terhubung dalam sektor pustaka di Afrika.

Pada tahun 2020-2021, AfLIA telah berjaya menjalankan kursus Wikipedia di Perpustakaan Afrika dengan kurikulum diadaptasikan dari OCLC Wikipedia + Libraries: Better Together. Lebih daripada 450 profesional dalam bidang berkaitan informasi telah dilatih melalui dua kohort utama dan mereka terus bekerjasama dalam melakukan kerja-kerja di ensiklopedia atas talian terbesar, Wikipedia.

Profesional-profesional ini kemudian melatih rakan sekerja mereka dan pengguna komuniti di beberapa negara di Afrika bagi memastikan maklumat mengenai kebudayaan dan sosial mereka, watak-watak terkenal, acara dan komuniti adalah tepat, boleh dipercayai dan ditulis dari perspektif orang Afrika itu sendiri.

Projek Wikidata AfLIA akan membimbing pustakawan di Afrika dan profesional bidang berkaitan informasi dalam sektor pustaka untuk mempelajari bagaimana menggunakan Wikidata sebagai pangkalan maklumat dan alatan visual bagi menyimpan pengetahuan dan menghubungkan koleksi mereka melalui perkongsian metadata setempat dengan rangkaian metadata global, memastikan maklumat yang terdapat pada rak-rak perpustakaan, muzium dan pusat arkib lebih terbuka dan mudah diakses.

Berikutan pelaksanaan projek ini, AfLIA telah mengambil empat ahli Wikimedia yang berpengalaman untuk memimpin bagi mencapai matlamat ini. Empat kumpulan ditubuhkan, membangunkan kerangka pembelajaran (kurikulum, modul dan bahan pembelajaran) bagi kegunaan kursus Wikidata dan melatih peserta berbahasa Inggeris dan Perancis, ambil tahu mengenai kesedaran tentang kemahiran set digital, fasiliti/penembusan Internet, makna Afrika, nilai dan persekitaran pembelajaran dalam benua ini.


Pasukan Pembangunan Kurikulum dan Pengurusan Kursus

Alice Kibombo telah bekerja dengan AfLIA sebagai ahli Wikipedia Tempatan untuk Wikipedia dalam kursus berkaitan pustaka Afrika. Seorang pustakawan berpengalaman dan ahli Wikimedia dari Uganda, beliau memiliki pengalaman luas dalam projek-projek Wikimedia dan beliau dilantik sebagai Pengurus Kursus dan fasilitator bahasa Inggeris. Selain itu, beliau juga akan berkerjasama dalam pasukan dalam membangunkan kandungan kurikulum/kursus yang sesuai untuk projek Wikidata.

Abel Lifaefi Mbula yang dilantik sebagai fasilitator untuk pustakawan berbahasa Perancis ialah seorang pembangun perisian dan pendukung OSS dan komuniti. Beliau kini merupakan seorang Pembina Tindanan Penuh dan pengajar untuk DRC Digital Academy dan pernah berunding dengan kebanyakkan syarikat yang berimpak tinggi seperti Openclassrooms.com. Beliau adalah seorang pengasas bersama Wikimedia DRCongo dan pengasas Kali Academy. Abel juga merupakan seorang penulis di Educative.io. Bersama-sama dalam pasukan, beliau akan memastikan kami memiliki kandungan kursus Wikidata yang sesuai dan berkaitan yang boleh mewakili suara realiti pustakawan Afrika dan profesional berkaitan informasi, lebih-lebih lagi penutur bahasa Perancis Afrika. Beliau menganuti agama Kristian, sudah berkahwin dan merupakan ayah kepada seorang anak perempuan.

Jesse Asiedu-Akrofi ialah penyelaras komuniti untuk entiti Code for Africa dan berasal dari Ghana. Beliau dilantik sebagai sebahagian daripada pembangunan kurikulum Wikidata dalam bahasa Inggeris untuk pustakawan Afrika dan profesional berkaitan informasi dalam sektor pustaka di rantau ini. Beliau memiliki pengalaman yang sangat meluas dalam melakukan kerja-kerja di Wikipedia, Wikimedia Commons dan Wikidata. Selain daripada seorang audio siar terbuka, beliau juga menyumbang kepada Wiki Update.

Georges Fodouop berasal dari Cameroon dan seorang profesional dalam bidang IT. Beliau telah bekerja dalam beberapa projek Wikimedia merentasi kawasan dan juga merupakan seorang pengasas bersama kumpulan Komuniti Pengguna Cameroon. Beliau telah berkhidmat sebagai ahli Wikimedia Tempatan untuk projek Wiki Loves Women dan pernah melakukan koordinasi projek di peringkat antarabangsa seperti: Wiki Loves Africa, Wiki Loves Earth dan menyelaras program latihan di Perancis untuk pelbagai kempen termasuklah #1Lib1Ref. Paling penting, beliau juga telah menyumbang kepada pembentukkan MOOC: Wikipedia dan WikiData dengan kolaborasi Wikimedia Bahasa Perancis.

Georges juga ialah seorang ahli WISCOM (Jawatankuasa Pemandu WikiIndaba), MCDC (Jawatankuasa Penggubal Piagam Pergerakan) dan setiausaha, WikiFranca. Pada bulan Julai 2022, beliau menerima anugerah Francophonie yang disampaikan oleh Wikimedia Perancis atas komitment beliau dalam memperkukuhkan komuniti penutur bahasa Perancis secara umum dalam beberapa tahun kebelakang. Dalam projek ini, Georges dilantik sebagai sebahagian daripada pasukan yang membangunkan kurikulum yang bersesuaian dari perspektif penutur bahasa Perancis dari kalangan pustakawan dan profesional berkaitan informasi lain dalam sektor pustaka.


Pasukan Pelaksanaan Projek

Dr. Nkem Osuigwe is the Director, Human Capacity Development and Training, AfLIA. I have worked on different online training programmes of AfLIA as a mentor, content developer. I will work closely with the Wikipedian in Residence for the adaptation of he OCLC curriculum and course materials, deployment of the course materials online and enrollment of the participants.

Stanley Boakye-Achampong is the Research coordinator of AfLIA and a member of AfLIA’s communication team, I will be working with the Director of Training and the Wikipedian in Residence on Research and communication aspects of this project.

Doreen Appiah is the Program Officer of AfLIA. I will be working with the AfLIA Director of Training and the Wikipedian-in-Residence to keep track of activities and participants in the course.


Rakan kongsi