WikiLinguila

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page WikiLinguila and the translation is 100% complete.
Kumpulan Pengguna Komuniti Wikimedia Linguila
LocationAfrika Tengah :
Congo-Kinshasa
Congo-Brazzaville
Angola
Founding date2023
Volunteers20+
Official language(s)Lingala, Kongo
Other language(s)Teke, Luba-Kasai, Bahasa Swahili
Key peopleNixon Mukoko, Brandon Mbuaku, Yves Mukengeshayi, Klut Diadia, Veronica Bavuidinsi




Kumpulan Pengguna Komuniti Wikimedia Linguila atau WikiLinguila (Wikimedia bagi Bahasa-bahasa Minoriti Afrika Tengah) ialah sebuah kumpulan pengguna yang ditubuhkan bagi menggalakkan projek Wikimedia dalam bahasa Bantu di kawasan tengah Afrika, dengan Kikongo dan Lingala sebagai model. Dua jenis bahasa Bantu dituturkan di bahagian tengah Afrika, dengan sekitar 26 juta orang penutur asli (Lingala 20 juta - Kikongo 6 juta) dan penutur lain yang tidak terkira yang membentuk kumpulan dialek di tiga buah negara kawasan tengah sebagai bahasa kebangsaan, iaitu: Congo-Kinshasa, Congo-Brazzaville dan Angola, begitu juga kumpulan minoriti yang sangat kecil di selatan Republik Afrika Tengah, Gabon dan Sudan Selatan.

Langila ialah perkataan yang muncul dari bentuk slanga Lingala, ialah bahasa yang dituturkan oleh orang yang mengenali satu sama lain, dan secara tak langsung digunakan bagi menandakan seluruh jenis bahasa yang dituturkan di dunia, maka WikiLangila ialah bahasa Wiki, Linguila ialah lingustik Wiki sebagai komuniti pakar bahasa dan penutur bahasa Afrika Tengah.

Inisiatif ini menggalakkan dan membantu melatih komuniti Afrika Tengah yang lain, di mana gerakan Wikimedia masih tidak aktif dan di sana tiada pertubuhan gabungan. Tujuan inisiatif ini ialah untuk menyumbang kandungan ke dalam projek Wikimedia. Secara prinsipnya, tiada masalah untuk mempunyai kumpulan pengguna yang terpisah, sebagai contoh, Kumpulan Pengguna Wikimedia Lingala dan Kumpulan Pengguna Wikimedia Kikongo, tetapi menyatukan bahasa-bahasa yang berkait rapat yang dituturkan dalam kawasan sangat khusus dalam benua ini yang sangat membina. Bagi bahasa-bahasa téké dan Luba-kasaï dituturkan di Afrika Tengah, di Republik Congo, di Republik Democratik Congo dan di Gabon bagi bahasa téké, and bagi Luba-kasaï di selatan Republik Democratik Congo dan di utara Angola, kami merancang untuk membuat kemajuan satu demi satu.

Kesukaran yang besar pada masa ini ialah untuk mencari penyumbang Wikimedia dalam kawasan ini, atau seseiapa yang berminat dengan untuk mengambil bahagian dalam projek ini. Kami merayu kepada sesiapa yang dari atau tinggal di pelbagai kawasan untuk membantu dunia menerokai bahasa kami, yang mungkin akan dilupakan. Ramai penutur muda mungkin tidak menyedari kepentingan menyumbang dalam kandungan bahasa tempatan, dan mungkin tidak mempunyai kemahiran asas untuk melakukannya dengan berkesan.

WikiLinguila mensasarkan untuk meningkatkan kebolehnampakan dan membangunkan kandungan digital bahasa negara bagi kawasan Afrika Tengah, satu cara baik untuk pada masa yang sama memelihara warisan budaya orang minoriti melalui projek Wikipedia dan struktur lain yang bekerja untuk menjadikan budaya mereka boleh capai di Internet. Misi utama kami ialah untuk meningkatkan, menggalakkan dan memberi kebolehnampakan kepada kandungan yang dibangunkan dalam bahasa negara kami, untuk menjadikan projek ini kepunyaan kami, kerana ia membantu kami menonjolkan identiti kami sebagai orang dan penutur di kawasan Afrika Tengah. Dalam hal ini, kami mengesahkan bahawa, secara bersama, dunia ialah menjadi tempat kecil untuk berhubung dan melakukan banyak perkara membina.

Keanggotaan

Keanggotaan kumpulan adalah terbuka kepada pihak yang berminat.

Hubungi

  • CapitainAfrika (designated contact for Wikimedia Foundation)
  • Shayi ngolu (designated contact for Wikimedia Foundation)

WikiLinguila