Jawatankuasa Hal Ehwal Komuniti Yayasan Wikimedia

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page Wikimedia Foundation Community Affairs Committee and the translation is 96% complete.

Selamat datang ke Lembaga Pemegang Amanah "Jawatankuasa Hal Ehwal Komuniti (CAC)" Yayasan Wikimedia!

Perihal

Jawatankuasa Hal Ehwal Komuniti Yayasan Wikimedia (CAC) merupakan jawatankuasa lembaga yang ditubuhkan pada 24 Februari 2021. Matlamatnya untuk "menilai, meneroka dan menyelesaikan hasil usaha terkini dan di masa depan berkaitan komuniti. Tujuan utama adalah untuk bekerja bersama-sama staf Yayasan Wikimedia dan komuniti Wikimedia yang berkembang dalam menghubungkan konflik dan menawarkan panduan, dengan tujuan utama adalah untuk sentiasa menambah baik perhubungan di antara Yayasan Wikimedia dan komuniti yang besar, selain daripada bekerjasama dalam mencapai misi dan visi Yayasan Wikimedia, dan pada masa yang sama mempertimbangkan perbezaan keperluan bagi Yayasan Wikimedia, komuniti kami dan pengguna di seluruh dunia."

Tugas dan tanggungjawab CAC dibentangkan menerusi cabangnya. Keutamaan jawatankuasa untuk tahun fiskal 2021-2022 yang akan datang adalah:

  • Membuat rancangan berkala untuk membantu dalam memberikan keutamaan dalam tugasan berkaitan komuniti dan menentukan fokus Jawatankuasa.
  • Terlibat dengan dan menyokong aspek berkaitan komuniti untuk strategi gerakan.
  • Terlibat secara langsung dengan staf utama bagi memastikan pelan strategi telah diformalkan dan rancangan yang akan dilaksanakan untuk unit komunikasi dengan komuniti, yang kemudian diintegrasikan dengan strategik komunikasi gerakan yang lebih meluas, bagi menyokong jalinan kerjasama yang lebih baik dan faham akan perbincangan komuniti yang sedang berlangsung.
  • Memberi perhatian kepada permohonan laman seumpama yang baru, termasuklah membuat prosedur yang formal, bermula dari proses permohonan sehingga mendapatkan pengesahan /tidak disahkan - dihentikan buat seketika sehingga Global Council (Majlis Global) (GC)

Keahlian


Bekas ahli

Acara

Acara adalah terbuka kepada komuniti melainkan terdapat kenyataan lain

Acara terdahulu

Acara akan datang


Hubungi CAC

Jika anda ingin mendaftar untuk acara akan datang, terdapat persoalan atau ingin berkongsi pendapat bersama Jawatankuasa Hal Ehwal Komuniti, sila hantarkan emel kepada:

askcac(_AT_)wikimedia.org.

Lihat juga